LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BINTULU, 17 Nov – Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu dengan kerjasama Kelab SUKMAS Bintulu melakar satu lagi sejarah apabila dengan jayanya menganjurkan Larian Maritime Night Run 2018 buat tahun kedua berturut-turut kelmarin.

Larian sejauh 7 kilometer yang berkonsepkan fun run ini, mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dari seluruh komuniti setempat Bintulu termasuk luar dari Bintulu yang mana jumlah penyertaan meningkat dengan ketara pada tahun ini iaitu sebanyak lebih 1200 orang peserta berbanding lebih kurang 700 orang peserta pada tahun lepas, kata Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah yang juga merupakan penaung bagi Kelab SUKMAS Bintulu.

Penganjuran acara larian ini adalah bertujuan bagi mengumpul dana Kelab Sukmas Bintulu serta memberi pendedahan kepada para ahli kelab yang terlibat berkenaan penganjuran acara larian berskala besar disamping memperkenalkan lagi Maritim Malaysia, khususnya Zon Maritim Bintulu kepada komuniti setempat. Tambahnya lagi, program ini turut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha menjadikan rakyat malaysia lebih aktif justeru bakal mencetuskan satu gerakan yang mampu meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus membentuk rakyat malaysia yang sihat dan aktif dalam bersukan,ujarnya lagi.

Larian dibahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu kategori pertama terbuka lelaki dan kategori kedua terbuka wanita yang mana pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kategori masing - masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan trofi, tambahnya lagi. Seluruh warga kerja larian kali ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta larian terutamanya kepada semua penaja yang telah memberi sumbangan serta sokongan kepada pihak kelab dalam menjayakan Larian Maritime Night Run pada tahun ini. Beliau turut berharap kerjasama dan sokongan ini dapat diteruskan dan dikekalkan pada masa yang akan datang.

thumbnail 1 FB IMG 1542595922198
thumbnail 2 FB IMG 1542595915819
thumbnail 4 thumbnail 7

Sumber :

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Bintulu