WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 26 OktoberDua wanita warganegara Indonesia berjaya ditahan Maritim Malaysia ketika cuba menyeludup keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan pada jam lebih kurang 5 pagi rabu lalu.

         Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Maklumat awal diterima melalui pengesanan radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia menunjukkan sebuah bot mencurigakan sedang bergerak menuju ke pantai Kuala Sungai Baru dan dengan bantuan risikan dari Bahagian Siasatan dan Jenayah Maritim Malaysia, pihaknya telah berjaya menyerbu untuk menahan bot tersebut namun gagal. Bot telah berjaya memecut laju ke arah laut.

       Tambah Amran, walau bagaimanapun pihaknya berjaya menahan sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2 tanpa pemandu dipercayai digunakan untuk mengambil dan menghantar PATI keluar/masuk Malaysia melalui pintu tidak diwartakan. 2 orang wanita warganegara Indonesia juga berjaya diberkas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

“Dua wanita yang ditahan masing-masing berusia 26 dan 53 tahun merupakan penumpang yang dipercayai menggunakan bot yang sama untuk pulang ke Indonesia. Kedua-dua mereka akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui pintu masuk/ keluar yang tidak diwartakan.” ujarnya dalam satu kenyataan.

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam

Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan