WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 29 Okt - Dua Pegawai Kanan Maritim Malaysia telah dinaikkan pangkat  ke Laksamana Pertama Maritim dalam satu Majlis Kenaikan Pangkat yang dilaksanakan oleh Bahagian Sumber Manusia dari Cawangan  Kenaikan Pangkat dan Penganugerahan bertempat Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini, pagi ini.

Pegawai Kanan tersebut adalah Kepten Maritim Robert Teh Geoh Chuan, Pengarah Maritim Negeri Sarawak dan Kepten Maritim Anor bin Jaafar, Timbalan Ketua Staf Perisikan ESSCOM Lahad Datu yang dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama Maritim.

Pemakaian pangkat ini disempurnakan oleh YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia dan diiringi oleh YBhg Laksamana Madya Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan YBhg Laksamana Madya Maritim Dato’ Tan Kok Kwee, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) serta YBrs Encik Tuan Ahmad bin Tuan Awil, Pengarah Sumber Manusia.

                  LAKSMA2                     LAKSMA 1
         LAKSMA 3          LAKSMA 4

Sumber/ Foto: Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat.