WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

ALOR SETAR, 27 Oktober - Dua orang mangsa yang dikhuatiri hilang ketika dalam perjalanan daripada Pulau Langkawi menuju ke Kuala Sala, Yan, Kedah pada 22 Oktober lalu telah ditemui kira-kira 45 batu nautika dari lokasi bot tersebut dipercayai rosak.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad  mangsa ditemui oleh nelayan Indonesia dan kemudianya membantu membaiki enjin bot mangsa. Nelayan Indonesia tersebut kemudianya mengiringi bot mangsa dan menyerahkan mangsa kepada nelayan tempatan untuk dibawa ke jeti Sungai Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang seterusnya diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan cuma kelihatan agak keletihan setelah agak lama berada di laut. Maritim Malaysia selaku agensi yang mengkoordinasikan Ops SAR dilaut mengucapkan syabas dan jutaan penghargaan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), rakan media dan komuniti nelayan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha pencarian selama 4 hari di laut.

WhatsApp Image 2018-10-27 at 6.07.07 PM 1  

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah