WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 27 Sept - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili telah menahan dua buah kapal yang gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk bersauh dan disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran dari Pengarah Laut Malaysia di perairan Pengerang tengah hari tadi.

Kepten Maritim Mohd Zulfadli Bin Nayan,Pengarah Zon Maritim Tg Sedili berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, dua buah Kapal Tangki yang masing-masing dikesan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan OP REDBACK XI sebelum memeriksa kapal-kapal tersebut di perairan Pengerang. Hasil siasatan awal, kedua - dua kapal tersebut disyaki sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak kapal ke kapal (STS).

Kapal yang membawa bersama empat belas kru warganegara Singapura yang berusia dalam lingkungan 28 tahun hingga 50 tahun. Manakala, sebuah lagi kapal tangki terbabit yang berdaftar di Malaysia membawa bersama sembilan (9) kru warganegara Singapura yang berusia dalam lingkungan antara 27 tahun hingga 55 tahun. Semasa penahanan, kelihatan kedua-dua buah kapal disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak yang dipercayai jenis Marine Fuel Oil (MFO) . Pemeriksaan lanjut mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran berkaitan aktiviti pemindahan minyak dan kebenaran bersauh dalam Perairan Malaysia dan juga gagal menunjukkan apa-apa dokumen berkaitan insurans kapal.

Kes akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 49 1B(1)(k) iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan Seksyen 49 1B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali. Empat orang kru kapal telah dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan selanjutnya," katanya.

Zulfadli turut menjelaskan, OP REDBACK XI ini adalah jalinan kerjasama Australia Border Force (ABF) bersama Maritim Malaysia dalam menangani dan memerangi jenayah di laut khususnya bagi membendung kegiatan jenayah rentas sempadan. OP REDBACK XI yang dilancarkan pada 24 September lepas telah menghasilkan Dua (2) tangkapan. Satu lagi tangkapan adalah kesalahan jenayah penyeludupan migran yang yang berjaya dicapai atas kerjasama dengan PDRM dan ATM pada malam 25 Sept di Desaru. Selain itu, Maritim Malaysia juga berjaya menyelamatkan dua (2) kru Pelantar Minyak Ocean Rover yang telah disamun di Perairan Pengerang. Kita akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang Maritim di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mematuhi undang-undang Malaysia.

WhatsApp Image 2018-09-28 at 08.03.02 WhatsApp Image 2018-09-28 at 08.03.00

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam ZM Tg Sedili