WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING, 19 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Mersing, menahan dua buah bot nelayan tempatan kelas C diperairan Endau lebih kurang dua batu nautika dari Tanjung Kempit.  

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah berkata, dalam operasi, sembilan orang awak-awak warganegara Indonesia di dalam bot tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959. Kesemua awak-awak tersebut dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Pos Maritim Tanjung Gemok untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia turut mengingatkan komuniti maritim dan orang ramai agar mematuhi undang-undang dilaut, menjaga keselamatan diri dan harta benda terutamanya keadaan cuaca yang tidak menentu semasa di laut.

IMG 5800 IMG 5802

 

Sumber:

Staf Perhubungan Awam PM Mersing