WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 11 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah telah menahan seorang tekong bot kelas A bersama dua orang awak-awak yang didapati melakukan kesalahan melanggar syarat lesen.
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata, pihaknya menahan bot tersebut  pada jarak 1.79 batu nautika barat daya Kuala Kedah.
 
"Pemeriksaan awal mendapati seramai tiga orang nelayan tempatan berada di atas bot tersebut. Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30 hingga 38 tahun.
 
"Hasil daripada pemeriksaan lanjut mendapati bot kelas A tersebut telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
 
Tambahannya, tekong bot tersebut didapati menjalankan aktiviti  menunda siput dengan menggunakan sangkar besi sedangkan sepatutnya bot tersebut hanya dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pukat hanyut mengikut syarat lesen.
 
Bot bersama tiga orang nelayan serta kira-kira 300 kilogram hasil tangkapan siput dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah untuk tindakan selanjutnya.

WhatsApp Image 2018-09-11 at 8.49.01 AM
 
Sumber: Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah