LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 3 September – Sebuah bot yang membawa tiga orang pemancing warganegara Singapura diperiksa Maritim Malaysia, Maritim Negeri Johor kira-kira jam 3 petang semalam.

Bot yang dikendalikan oleh seorang warga tempatan itu ditahan pada sekitar kedudukan 3.8 batu nautika timur laut Tanjung Piai.

Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi rondaan di sekitar perairan Johor Timur telah memeriksa bot tersebut dan mendapati bot tersebut mempunyai dokumen yang meragukan.

Bot seterusnya diiringi masuk ke Jeti Maritim Sungai Pulai untuk siasatan lanjut.

 

40603746 1845071035584803 7956885974829498368 n 40748086 1845071058918134 5738922729545924608 n

Sumber:

Staf Perhubungan Awam MN Johor