WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 9 Ogos – Bot Ronda Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya menahan dua buah vesel korek pasir yang bersauh tanpa kebenaran dalam satu operasi di Perairan Selat Melaka, 6 Ogos lalu.                                            

Menurut Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan berkata,vesel korek pasir Teratai 6777 dan CP 798 itu dikesan di posisi lebih kurang 0.3 Batu Nautika Barat Laut Pantai Klebang, Melaka oleh anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia ketika dalam rondaan rutin operasi di sepanjang Perairan Selat Melaka.

”Ketika dikesan, kedua-dua vesel tersebut sedang bersauh dan gagal mendapatkan kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.” katanya dalam satu kenyataan disini. Tambahnya, vesel korek pasir Teratai 6777 merupakan vesel yang telah didaftarkan di Micronesia membawa tujuh orang krew manakala CP 798 yang didaftarkan di Mongolia membawa dua orang krew. Kesemua krew bagi kedua-dua vesel tersebut merupakan warganegara China dan mempunyai dokumen yang lengkap.

Kes seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952.Sehingga hari ini pihak Maritim Malaysia Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah berjaya menyelesaikan 4 kes yang berkaitan dengan kesalahan seumpama ini dimana 1 di perairan Melaka dan 3 di perairan Negeri Sembilan.

 

teratai teratai n cp 2
   

 Sumber:

Staff Perhubungan Awam Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan