LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUDAT, 2 Ogos - Sebuah bot kargo “barter trade”, ML Fatima Nur-Ann milik sebuah syarikat dari Filipina hampir karam dan terkandas setelah melanggar terumbu karang di kedudukan 0.6 batu nautika barat Beting Banggi Tenggara, berhampiran Malawali Strangler, Kudat pada jam 2.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Lt Kdr (M) Boon Chin Chau berkata kesemua sepuluh mangsa termasuk tekong, warganegara Filipina berumur diantara 21 ke 55 tahun yang berada di atas kapal tersebut telah berjaya diselamatkan oleh bot ronda Maritim Malaysia serta dibantu oleh bot-bot nelayan berhampiran. Kesemua krew kapal terbabit berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Zon Maritim Kudat untuk diambilketerangan lanjut.

Menurut beliau, bot tersebut yang membawa muatan gula serta barangan runcit dalam perjalanan dari Wilayah Persekutuan Labuan menuju ke Pulau Jolo di selatan Filipina. Menurut ejen kapal, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM 1.4 juta.

 

38434493 1792544987504075 6074518803901841408 n 38208529 1792545200837387 1172078093834125312 n

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Kudat