LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 1 OGOS – Sebanyak 864 ketul ganja bernilai RM2.5 juta hasil rampasan dua kes yang berlaku di  Pantai Kuala Perlis dan perairan Pulau Cupu, Langkawi, Kedah oleh Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis telah dilupuskan di sebuah Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok disini, hari ini.

Majlis Pelupusan ini telah dilaksanakan oleh YBhg Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato Sri Zulkifili bin Abu Bakar yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kualiti Alam Sdn Bhd Encik Khalid bin Bahsoon, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) YBhg Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Puan Norhazni binti Mat Sari, Pengarah Bahagian Siasatan dan Jenayah Maritim Laksamana Muda Maritim Ibrahim bin Mohamed dan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Rozali bin Mohd Said serta Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Encik Mohamed Shaffie bin Hassan.

Menurut Dato’ Sri Zulkifili, pelupusan dadah pada hari ini akan menggunakan kaedah pembakaran secara selamat  dan mesra alam yang dikendalikan oleh syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd.  Ianya  merupakan pelupusan kali kedua yang menggunakan kaedah yang sama.

“Sebelum penggunaan kaedah ini, Maritim Malaysia juga telah melaksanakan beberapa kali pelupusan dadah dan ganja  secara pembakaran biasa  kerana ianya dalam kuantiti yang lebih kecil,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, pelupusan yang dilaksanakan pada hari ini merupakan kaedah yang terkawal dengan pembakaran menggunakan inkubator oleh syarikat tempatan yang telah dilantik bagi melaksanakan prosedur pelupusan ini.

Dato’ Sri Zulkifili, turut mengulas bahawa usaha ini menunjukkan Maritim Malaysia serius dalam mengendalikan kes berprofil tinggi bermula daripada tangkapan, siasatan, perbicaraan dan seterusnya sehingga ke pelupusan barang bukti yang mana ia merupakan peringkat terakhir di dalam sesuatu kes.

Maritim Malaysia akan terus memastikan tahap pengurusan sesuatu kes berprofail tinggi yang dikendalikan mengikut prosedur dan piawaian standard yang telah ditetapkan. Ini juga adalah perlu di mana cabaran dalam menghadapi ancaman jenayah di laut adalah semakin mencabar dari semasa ke semasa.

 

    ganja 1   ganja 3   
ganja 4 20180801 115744