WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 22 Julai – Cubaan 6 warga Indonesia cuba memasuki negeri ini secara tidak sah gagal selepas semua mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran perairan Wallace Bay, Tawau hari ini.
 
Pengarah Zon Maritim (PZM) Tawau iaitu Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Operasi Pluto Timur di kawasan tanggungjawab (KTJ) telah mengesan dan menahan sebuah bot jongkong mencurigakan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran sekitar jam 7.16 pagi. 
 
Pemeriksaan awal ke atas bot jongkong itu menemukan seorang juragan dan lima (5) penumpang lelaki dewasa berumur dalam lingkungan 18 hingga 45 disyaki warganegara asing berada dalam bot berkenaan. Kesemua yang diperiksa turut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Menurut keterangan yang diberi, bot jongkong tersebut dikatakan sedang menuju masuk ke negari ini dari Nunukan, Indonesia. Kesemua yang ditahan termasuk bot jongkong diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana cubaan menyusup masuk ke Negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah. 
 
 Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan di perairan Malaysia khususnya di perairan Zon Maritim Tawau. 
 
Sebarang maklumat atau aduan mengenai perlanggaran undang-undang di laut boleh disalurkan terus ke talian 089-752115 bilik operasi APMM Tawau atau MERS 999 bagi sebarang kes kecemasan di laut.
6 PATI 1 6 PATI 2
 
Sumber / Foto :
Staf Unit Perhubungan Awam
Zon Maritim Tawau