LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PASIR PUTEH, 17 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menahan dua puluh lima nelayan asing Vietnam dan sekaligus merampas dua buah bot mereka selepas didapati telah menceroboh perairan negara kira-kira 67 batu nautika dari Kuala Tok Bali, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Nurul Hizam bin Zakaria dalam kenyataannya hari ini berkata, ”kesemua suspek berusia dalam lingkungan 17 hingga 56 tahun itu ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang melaksanakan pengoperasian di bawah Op Damai kira-kira 1.30 petang”.

”Kedua bot ini disyaki melakukan aktiviti tunda ganding, namun dengan ketangkasan anggota penguatkuasa APMM daripada Bot Maritim Penyelamat 7 kedua bot ini berjaya dikesan dan ditangkap walaupun salah sebuah bot cuba melarikan diri”. ”Bot bersama suspek terbabit ditunda masuk ke Jeti APMM Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut,” kata beliau lagi.

Keseluruhan rampasan merangkumi bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai lebih kurang RM 2 juta.

Tambah beliau, sehingga semalam Maritim Malaysia Negeri Kelantan berjaya menahan 23 buah bot dan 13 daripadanya merupakan bot nelayan yang disyaki klon dan bot nelayan asing Vietnam. Bot akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

 

IMG 9809 IMG 9815

Sumber :

Staf Perhubungan Awam Maritim Negeri Kelantan