LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Biadap,memang cukup biadap.Sudahlah mencuri ikan di perairan negara,bila diarah berhenti mereka ingkar.

Itulah yang dilakukan oleh sebuah bot nelayan asing Negara Vietnam semalam ketika ditahan Maritim Malaysia Negeri Terenganu kerana didapati menceroboh dan mencuri hasil ikan negara.

Menurut Timbalan Pengarah Maritim Operasi Negeri Terengganu, Komander Maritim Muhammad Suffi Ramli bot tersebut ditahan oleh sebuah Kapal Maritim menerusi rondaan Ops Perkasa Timur dan Ops Marikh yang dijalankan.

Namun sebelum berjaya ditahan pada kedudukan 50 batu nautika dari Muara Kuala Terengganu bot yang membawa seramai 16 awak-awak termasuk tekong itu cuba melarikan diri dan adegan kejar mengejar berlaku selama sejam.

Pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 15(1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di Perairan Malaysia tanpa kebenaran dan lesen yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

Nilai rampasan termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan dianggarkan 1.5 juta ringgit.Kesemua suspek ditahan yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun itu serta bot dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu bagi tindakan lanjut.

37068858 1758571777568063 1917048885813968896 n 37065468 1758571804234727 8309084868038361088 n

Sumber:

Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat