WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 11 Julai - Cubaan seludup keluar sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara ini berjaya dipatahkan oleh Maritim Malaysia Negeri Selangor pada jam 9.25 pagi tadi kerana cubaan tersebut digagalkan menerusi satu operasi rutin Maritim Malaysia negeri itu pada sekitar kira-kira kedudukan 3.8 batu nautika dari barat Sungai Sembilang.

Menurut Pengarah Maritim Malaysia Negeri Selangor, Kepten Maritim Abu Zaki Hj Mohammad pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah bot barter trade yang dilihat dalam keadaan mencurigakan yang pada ketika itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Tg Balai Indonesia.

Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 9 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia terdiri daripada tiga wanita dewasa, lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki sedang menyorok dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 54 tahun itu telah menetap di negara ini lebih kurang 2 tahun.Manakala pemeriksaan ke atas 8 orang warga Indonesia yang lain termasuk seorang tekong dan awak-awak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana cubaan seludup warganegara Indonesia keluar dari jalan yang tidak diwartakan dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu insurans kapal telah tamat tempoh.Bot yang membawa muatan bundle pakaian terpakai dan PATI itu diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin untuk siasatan lanjut.

37160841 1762117800546794 4660704798004215808 n 37135337 1762117810546793 4634531615194742784 n

Sumber:

Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat