WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA TERENGGANU, 17 Julai - Dua bot nelayan Vietnam ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu oleh KM Pekan di dua lokasi berbeza iaitu antara 58 hingga 62 batu nautika dari muara Kuala Terengganu semalam ketika kedua-dua bot sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara secara haram.

Selepas diperiksa, tekong dan kru kedua-dua bot seramai 23 orang berumur di antara 19 hingga 51 tahun didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar menjelaskan kedua-dua bot terbabit di tahan oleh KM Pekan yang melakukan rondaan Ops Perkasa Timur dan Ops Marikh ketika sedang memukat ikan secara tunda ganding.

Hasil rampasan dianggar bernilai RM 3 juta merangkumi hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan. Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen. 

-----

FAKTA:

1) Bermula bulan Januari hingga 15 Julai 2018, sebanyak 64 bot nelayan asing telah ditahan di perairan pantai Timur yang mana 56 bot tersebut merupakan Bot Nelayan Vietnam.

2) Dari tahun 2006 hingga 31 Disember 2017, 612 Bot Nelayan Vietnam telah ditahan di seluruh perairan negara. 

3) Negara Vietnam telah menerima Kad Kuning oleh Kesatuan Eropah (EU) atas kesalahan menceroboh perairan Malaysia namun kegiatan pencerobohan masih berleluasa.

37238911 1764877160270858 2096565393366712320 n 37334188 1764877210270853 4771039153468997632 n

Sumber:

Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat