WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 29 Jun12 orang warganegara Indonesia termasuk seorang bayi dan dua orang kanak-kanak telah berjaya ditahan oleh anggota Penguat Kuasa Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan ketika cuba menyeludup keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan pada jam lebih kurang 11 malam semalam di perairan Telok Gong, Melaka.

    Anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia telah terserempak dengan sebuah bot kayu yang mencurigakan di perairan Telok Gong dalam satu rondaan operasi harian iaitu ’Ops Pagar Laut’ dan seterusnya berjaya menahan bot tersebut di posisi lebih kurang 0.8 batu nautika barat daya dari Pulau Konet.

Menurut Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan berkata, semasa pemeriksaan awal dilakukan ke atas bot kayu tersebut yang tidak memiliki nombor pendaftaran dan menggunakan 2 buah enjin sangkut jenis Yamaha dan Marine dengan 30 kuasa kuda.

“Pihak kami berjaya menahan seorang tekong warganegara Indonesia berada di dalam bot bersama-sama 11 warganegara Indonesia iaitu 7 lelaki dan dua wanita kesemuanya dalam lingkungan umur 21 hingga 45 tahun, seorang bayi perempuan berusia 7 bulan dan dua kanak-kanak lelaki 2 dan 10 tahun,” katanya.

Tambah beliau lagi, anggota Penguat Kuasa Maritim telah bertindak dengan menahan bot tersebut serta kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat disini bagi tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki cuba menyeludup keluar migran dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

IMG-20180629-WA0033 IMG-20180629-WA0033

Sumber:

Staff Perhubungan Awam

Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan