LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 10 JUN - Dua buah yang mempamerkan ciri-ciri bot kargo tempatan ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili di lokasi lebih kurang 31 batu nautika timur Tanjung Sedili ketika sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat tunda diantara jam 4.30 dan 5.10 petang semalam (9 Jun)

Pemangku Ketua Zon Maritm Tg. Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, “Turut ditahan 20 orang awak-awak termasuk dua tekong yang berumur antara 14 tahun hingga 53 tahun warganegara Vietnam dan sebilangan daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Jumlah keseluruhanrampasan kedua-dua bot tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 7 juta termasuk bot, hasil tangkapan laut, minyak diesel serta peralatan menangkap ikan.

“Bot tersebut ini ditahan oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Ops Pagar Laut 1/2018 yang dilancarkan pada 1 Ramadan. Kedua-dua bot akan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tg Sedili untuk siasatan di bawah seksyen 15 dan 16 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan diperairan Malaysia tanpa kebenaran. Jika disabitkan kesalahan setiap tekong boleh dikenakan denda RM 1 juta manakala awak-awak boleh dikenakan denda RM 100 ribu setiap seorang atau penjara tidak melebihi dua tahun. Serta bot-bot tersebut boleh dilucutkan hak”.

 

PC 2 PC 3