WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 28 Mei Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah berjaya menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 0.5 Batu Nautika Timur Laut Tanjung Tuan, Negeri Sembilan pada jam lebih kurang 9.30 pagi Ahad lalu.

      Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berkata, penahanan bot penumpang tersebut dilakukan oleh anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia yang sedang membuat rondaan di sekitar perairan Negeri Sembilan dalam satu rutin operasi harian.

”Ketika pemeriksaan dilakukan mendapati seorang nakhoda rakyat tempatan membawa bot penumpang berwarna putih bernama Ocean 1 telah gagal memastikan lesen bot sentiasa disimpan di atas bot dan turut gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan lesen berkaitan dengan bot. Nakhoda dan bot penumpang ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.”

Beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan akan terus mempergiat lagi usaha melaksanakan rondaan penguatkuasaan disepanjang kawasan tanggungjawab bagi memastikan jenayah di laut dapat dikurangkan.

 IMG 3059


Sumber:

Staf Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan