LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 28 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Sembilan/ Melaka menumpaskan cubaan menyeludup rokok jenama Canyon di kedudukan 0.2 batu nautika barat dari Pantai Pengkalan Balak pada awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sembilan/ Melaka, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata, bot ronda Maritim Malaysia pada ketika itu sedang menjalankan rutin operasi harian sekitar jam 4 pagi dan berjaya mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan datang dari arah negara jiran.

" Setelah bot tersebut berjaya di tahan, pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah membawa lebih kurang 20,000 karton muatan rokok putih disyaki untuk dijual secara tidak sah di negara ini", katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambahannya, bot beserta muatan tersebut ditunda ke Jeti Maritim Malaysia Kuala Linggi dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan anggaran nilai keseluruhan tangkapan rokok beserta bot serta enjin berjumlah lebih kurang RM950,000.

Dalam pada itu, mengulas pembanterasan penyeludupan rokok bagi tahun ini, beliau berkata ini merupakan kes kedua tangkapan rokok berjaya dilakukan dan percaya aktiviti penyeludupan akan bertambah agresif menjelang bulan puasa serta musim perayaan nanti.

" Maritim Malaysia sentiasa peka dengan sebarang permasalahan yang melanggari undang-undang perairan negara dan berusaha keras bagi mempertingkat operasi  untuk membanteras jenayah penyeludupan ini walaupun sukar untuk dihentikan secara total”, katanya.

 

 

IMG 3718 IMG 3734

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan