WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menerima satu laporan mengenai seorang nelayan warga Thailand disyaki terjatuh ke laut dari bot nelayan tempatan pada jam 05.00 pagi semalam. Mangsa disedari hilang di kedudukan 9.5 batu nautika Barat Pulau Betong sewaktu bot dalam perjalanan balik ke jeti nelayan Kuala Kedah.

“Sebaik menerima maklumat tersebut, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah diaktifkan dan aset dari Maritim Malaysia di kerahkan ke lokasi kejadian. Walaubagaimanapun mangsa masih tidak dapat ditemui dan SAR ditangguhkan pada jam 07.30 petang semalam”.

Menurut Komander Hamizan lagi, pada hari kedua pencarian iaitu lebih kurang jam 9.20 pagi tadi, mangsa telah dijumpai sedang berapung oleh bot pemancing yang berdekatan dalam keadaan lemah dan kesejukan. Mangsa telah diserahkan kepada Kapal milik Maritim Malaysia Pulau Pinang dan dibawa ke jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menasihatkan agar komuniti maritim berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di laut dan sentiasa memandang serius aspek keselamatan agar dapat menghindarkan diri daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 31699057 1669250536500188 5655312803058155520 n

31698970 1669250433166865 413238440138637312 n