WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN 24 Mac – Sebuah kapal "barter trade" MV Sein Yilin berasal dari Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang bersama 12 kru kapal warganegara Myanmar kerana  disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pinang kira-kira 1 batu nautika Barat Laut Tanjung Huma pada jam lebih kurang 4.40 petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah kapal peronda Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan sebuah kapal sedang bersauh. Setelah  pemeriksaan dilakukan, terdapat 12 orang warga Myanmar berumur lingkungan 21 hingga 62 tahun diatas kapal tersebut dan  kapal disyaki bersauh tanpa mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia.

“Mereka akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952 dan jika disabitkan kesalahan ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

 

23 Mac