WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Lahad Datu, 16 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu (PM8) telah merampas sebuah bot dan sejumlah 44 karton rokok dipercayai diseludup dari negara jiran dan cuba diniagakan ke daerah ini pada jam lebih kurang 5.33 petang, semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender bin Raphael berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan berhampiran perairan Kampung Air Puyut, Lahad Datu.

 

"Apabila menyedari kehadiran bot APMM, bot suspek meluncur laju ke arah utara Pulau Kintat bertujuan untuk meloloskan diri dari pemeriksaan namun tidak berhasil. Tindakan pantas bot APMM telah berjaya memintas dan menahan bot tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut menemukan beberapa bungkusan plastik hitam yang berisi muatan rokok kretek pelbagai jenama. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 12,400” katanya. 

 

Tekong dan awak-awak bot serta barang rampasan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat PM8 untuk siasatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

 

Pemantauan dan operasi di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lorong tikus akan terus ditingkatkan bagi menghalang sebarang penyeludupan berlaku. 

 

 

 

rokok1 rokok2

Sumber/Foto: Staf Perhubungan Awam PM8