LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

SERDANG, 28 MAC - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa pesakit lelaki, Mohd Zamri Mohammad Nor, 47 tahun dari Alor Setar, Kedah yang mengalami koyakan teruk pada dinding pembuluh darah di bahagian dada yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Serdang, Selangor, di sini, awal pagi tadi,

Laksamana Maritim Dato Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia berkata, pesakit itu dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star dan diterbangkan dengan pesawat Maritim Malaysia, Helikopter Agusta Westland 139 (AW139) selepas pihaknya menerima permohonan untuk membawa  pesakit  bagi  mendapatkan rawatan segera di Hospital Serdang.

“Pesawat diterbangkan dari Stesen Udara Maritim Subang, pada jam 1.40 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Alor Setar, Kedah lebih kurang jam 3.40 pagi",katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, sebaik saja pesawat selamat mendarat di padang Hospital Serdang pada 6.30 pagi, pesakit segera dibawa ke wad  kecemasan hospital dengan menaiki ambulans.

" Penerbangan ihsan ini telah diketuai oleh juruterbang pesawat, Leftenan Komander Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, dibantu oleh pembantu juruterbang, Leftenan Komander Maritim Mohammad Zali bin Yusof serta kru udara, Bintara Muda Maritim Rohaizad bin Ramli.

"Dalam penerbangan itu juga, pesakit telah diiringi oleh Doktor Marlina binti Abu Bakar, Pakar Kecemasan Hospital Serdang bersama  dua Penolong Pegawai Perubatan, Munim bin Ahmad Zamani dan Tuan Mohd Farid bin Tuan Mahmood, katanya.

Tambahannya, sejak Januari tahun ini, Maritim Malaysia telah melakukan dua penerbangan ihsan bagi membantu dua pesakit  kritikal yang memerlukan rawatan hospital dengan segera. 

edit penerbangan 1 edit penerbangan 2
edit penerbangan 3      edit penerbangan 4