WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

 

Kuala Linggi, 26 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sembilan/Melaka telah berjaya menahan sebuah bot gentian kaca yang cubaan melakukan aktiviti penyeludupan masuk ke Malaysia dari Negara jiran melalui jalan yang tidak sah pada jam lebih kurang 7.30 petang 23 Mac lalu di perairan Bagan Lalang, Selangor.      

         Hasil dari bantuan dan maklumat dari Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) yang berpangkalan di Lumut, Bot Maritim Malaysia Petir 84 telah bergegas menuju ke lokasi dan telah mengesan sebuah bot gentian kaca diperairan tersebut. Apabila menyedari kehadiran anggota Penguat Kuasa Maritim, bot tersebut telah memecut laju dan menuju ke Bagan Lalang, Selangor. Setelah lebih kurang 15 minit aksi kejar mengejar berlaku, bot tersebut telah berjaya ditahan namun tekong dan awak-awak telah berjaya melarikan diri.

Pemeriksaan awal ke atas bot gentian kaca tersebut berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran menggunakan 2 buah enjin jenis Yamaha 200 kuasa kuda. Bot tersebut seterusnya ditahan kerana disyaki digunakan untuk melakukan aktiviti penyeludupan dan kesalahan disyaki dibawah Akta Kastam 1967. Bot kemudian dibawa bertambat Jeti Maritim Malaysia yang berpangkalan di Kuala Linggi, Melaka dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia Negeri Sembilan/Melaka untuk siasatan selanjutnya.

Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka berkata, anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia telah mengesan bot tersebut yang berada di laluan Skim Pemisah Lalulintas (TSS) seterusnya telah mengarahkan bot gentian kaca itu untuk berhenti dan memberi kerjasama namun terus memecut laju sehingga terkandas di kawasan paya bakau. Tekong dan awak-awak bertindak meloloskan diri ke dalam hutan paya bakau Bagan Lalang seterusnya gagal dijejaki. Tambah beliau, kesemua mereka dianggarkan lebih dari 10 dan disyaki pendatang asing yang sedang cuba melakukan aktiviti menyeludup masuk ke Malaysia melalui jalan tidak sah.

IMG-20180323-WA0010

Sumber:

Staff Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi