LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 19 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu telah berjaya menghalang cubaan keluar 19 PATI warganegara asing dari daerah Lahad Datu semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan, Pangkalan Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender bin Raphael berkata, bot peronda APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar perairan Tanjung Labian telah bertindak menuju ke kawasan yang disyaki menjadi laluan bagi pendatang tanpa izin. Semasa melaksanakan tinjauan, APMM berjaya mengesan sebuah bot pancung membawa PATI ingin menyusup keluar ke perairan Filipina melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Pada jam lebih kurang 03.00 pagi bot peronda APMM telah menahan bot pancung tersebut. Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot berkenaan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan terdapat 19 penumpang disyaki warganegara Filipina yang terdiri daripada 6 lelaki dewasa, 5 perempuan dewasa, 2 kanak- kanak lelaki dan 6 kanak- kanak perempuan berumur dalam lingkungan 1 tahun hingga 45 tahun. Kesemua yang diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya lagi, bot pancung tersebut bertindak menyusup keluar ke Filipina dari perairan Lahad Datu. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Pos Maritim FELDA Sahabat untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63. Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-885727 pusat operasi APMM Lahad Datu atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan. 

      PATI FELDAPATI FELDA2  

Sumber / Foto :

Staf Perhubungan Awam PM8