WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT , 6 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pangkalan Maritim Batu Pahat (PM4) telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah di kawasan perairan Sungai Nibong 10 batu nautika dari Tanjung Tohor awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Wilayah Selatan , Kepten Maritim Sanifah bin Yusof dalam kenyataan beliau memberitahu bertindak atas maklumat awam, bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan dari Batu Pahat ke Perairan Muar. Semasa dalam rondaan tersebut bot Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan. Bot tersebut diarahkan untuk berhenti tetapi ia terus memecut laju dan tidak mengendahkan amaran secara lisan yang diberikan. Bot tersebut kemudiannya menuju ke kawasan pokok bakau yang berhampiran dalam usaha untuk meloloskan diri dan suspek telah terjun ke kawasan bakau tersebut dan meninggalkan bot gentian kaca ditepi kawasan bakau.

“Hasil dari pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati sebungkus serbuk mampat dan 3 paket pil yang disembunyikan dibawah timbunan jaring didalam bot berkenaan” katanya. Nilai rampasan barangan tersebut dianggarkan berjumlah 350 ribu ringgit.

Bot tersebut telah diiring ke jeti PM4 untuk tindakan lanjut dan akan disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak Maritim Malaysia juga menyalurkan maklumat kepada agensi penguatkuasa yang lain bagi membantu mengesan dan menangkap suspek yang berjaya meloloskan diri tersebut. Maritim Malaysia juga sentiasa berkerja sama dengan agensi lain bagi membanteras penyeludupan yang berlaku.

Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Batu Pahat.Maritim Malaysia juga menyeru kepada semua komuniti laut agar dapat menyalurkan sebarang kesalahan dilaut dengan menghubungi terus di talian 07-4344020 pusat operasi Maritim Malaysia Batu Pahat atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

 

IMG 3612   IMG 3618   IMG 3613

 

Sumber :

Unit Perhubungan Awam 

Pangkalan Maritim Batu Pahat