WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 5 Feb – Sebuah bot nelayan tempatan telah ditahan di kedudukan 5.7 batu nautika muara Sungai Pinang, Pulau Pinang oleh kapal peronda milik Maritim Malaysia Pulau Pinang pada jam 5.52 petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong besama empat lagi awak-awak warganegara Malaysia berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari 8 batu nautika dari daratan terdekat.

Bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 100 kilogram dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, Maritim Malaysia Pulau Pinang juga telah berjaya menahan sebuah bot nelayan kelas C di kedudukan 12.6 batu nautika Barat Daya Tanjung Piandang pada lewat petang Jumaat lalu kerana melakukan kesalahan di bawah akta yang sama atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari 15 batu nautika dari daratan terdekat.


7cb0938a-ff03-4edb-87fa-8ecd2c078acb