LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 29 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan 4 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sangkar ikan 2.5 batu nautika Barat Daya Pulau Aman, Pulau Pinang pada jam 02.15 awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, selepas memeriksa beberapa buah sangkar ikan di kawasan tersebut, didapati 4 lelaki warganegara Myanmar telah gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri yang sah. Kesemua mereka dibawa ke Jeti Polis Marin,Batu Uban untuk siasatan lanjut.

Kes di siasat bawah Akta  Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

“Seramai 9  orang PATI telah ditahan bulan ini termasuk 4 orang awal pagi tadi atas kesalahan yang sama. Pengusaha sangkar ikan sekali lagi diingatkan agar tidak menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah. Maritim Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan dengan lebih kerap dan mengambil kira aduan orang ramai bagi memastikan perairan sekitar dijamin selamat.”

Kerjasama orang ramai memberi maklumat yang tepat adalah sangat diperlukan. Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

3