LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 28 Jan – Pada 22 November 2017, ketika Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia di Kuching, Sarawak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo telah bersetuju membebaskan ne­­layan yang ditangkap kerana kesalahan menceroboh perairan di kedua-dua negara bagi membolehkan mereka yang dikategorikan sebagai miskin dapat kembali mencari rezeki.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil daripada persetujuaan kedua-dua negara dan keputusan mahkamah yang dibuat pada 21 Disember 2017, Maritim Malaysia Pulau Pinang telah membebaskn 3 buah bot nelayan Indonesia yg ditahan pd 16 Oktober tahun lalu.

"Bot telah diserahkan kepada wakil nelayan Indonesia Pak Fahri di KBH Marine, Gat Lebuh Macallum semalam. Ketiga-tiga bot telah bergerak pada jam 7.00 malam menuju ke Pangkalan Perikanan Belawan yang diiringi oleh sebuah bot dan kapal Maritim Malaysia Pulau Pinang sehingga ke sempadan Malaysia-Indonesia."

 

1