LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Lahad Datu, 25 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Lahad Datu telah berjaya mengagalkan cubaan masuk PATI warganegara asing ke daerah Lahad Datu melalui perairan Tg Batu, Felda Sahabat.

Pengarah Maritim Pangkalan, Lt Kdr (M) Radzil Allexender bin Raphael berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan dan berjaya menahan sebuah bot yang mencurigakan di perairan FELDA Sahabat, Lahad Datu pada jam lebih kurang 2.45 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut telah dinaiki oleh 3 orang  warganegara Filipina berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun dan kesemuanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Tambahnya lagi, bot tersebut cuba menyusup masuk ke daerah Lahad Datu daripada Pulau Sibutu, Filipina. Bot tersebut difahamkan telah bertolak pada 11.00 malam dan telah berada di laut selama lebih kurang 4 jam sebelum ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia. Dari keterangan lisan daripada 3 suspek tersebut, tekong bot telah terjun ke dalam laut untuk meloloskan diri. Bot Maritim Malaysia telah cuba mencari tekong yang terjun ke laut lebih kurang selama 1 jam namun orang yang terjun tersebut tidak berjaya dikesan. Bot dan kesemua penumpang yang ditahan telah dibawa ke Pos Maritim Malaysia, FELDA Sahabat untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-885727 pusat operasi Maritim Malaysia Lahad Datu atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

BOT PATI

PATI

Sumber / Foto : Staf Perhubungan Awam PM8