MERSING 20 JANUARI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pangkalan Maritim Mersing telah berjaya melaksanakan Operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa bot terbalik di Perairan Pulau Harimau.
MRSC Johor Bahru telah menerima maklumat kejadian bot terbalik pada 201848H. Dimaklumkan kejadian berlaku pada 201230H . Sejurus menerima maklumat tersebut, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan dengan menggerakkan Bot PENGAWAL 32 ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan dan melaksanakn operasi menyelamat. Selain dari itu, turut mendapat bantuan aset dari Daerah Maritim Sedili (DM7) iaitu bot PENGGALANG 39 serta KD GANYANG dan Pesawat Udara Maritim.
Sidang media dilaksanakan oleh Pemangku PMD DM7 di Jeti Jabatan Laut Mersing. Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang awam agar mematuhi langkah-langkah keselamatan dilaut. Empat orang mangsa ini didapati selamat dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan, memakai jaket keselamatan.
Mangsa telah ditemuai pada 21 Januari 2018 di Pulau Harimau dalam keadaan lemah pada jam 9.30 pagi tadi. Mangsa telah di bawa ke hospital Mersing untuk menerima rawatan.
Sumber:
Staff Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing