WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 23 Januari – Bot ronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 18, Tawau telah berjaya menahan empat buah bot jongkong disyaki membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah di perairan Sungai Hj Kuning, Tawau.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten (M) Romli bin Hj. Mustafa berkata, bot tersebut telah ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan Timur Laut Sungai Haji Kuning selepas dikesan dalam keadaan yang mencurigakan semasa pihak Maritim Malaysia menjalankan operasi di kawasan perairan Tawau sehingga perairan Kalabakan.

Setelah pemeriksaan dilakukan mendapati bot jongkong tersebut membawa muatan barang kawalan tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Muatan yang dibawa termasuklah 240 kotak minyak masak, 219 kotak tepung gandum, 30 kampit gula pasir dan 409 kampit beras dan 4 tong gas petroleum cecair LPG disyaki cuba diseludup ke negara jiran. Turut dijumpai 157 kotak barangan kosmetik tidak mempunyai sebarang dokumen kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Jumlah anggaran keseluruhan barang-barang yang dirampas termasuk bot jongkong bernilai RM264,092.

 Lapan individu terdiri daripada lima warganegara tempatan dan tiga warganengara asing masing- masing berumur 26 dan 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kesemua barang kawalan dan bot jongkong di bawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

 

IMG 7354 IMG 7350

Sumber / Foto : Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau