WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 17 Januari Bot Ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim Kuala Linggi berjaya menahan sebuah bot jenis Muatan Kargo atau Barter Trade yang membawa muatan rokok seludup pada jam 3.50 pagi pda 13 Januari lalu dikedudukan lebih kurang 6.2 Batu Nautika Barat Daya Tanjung Bidara.                                          

          Maklumat awal diterima melalui pengesanan radar sistem pengawasan  laut (SWASLA) APMM, berpangkalan di Lumut menunjukkan sebuah bot barter trade mencurigakan memasuki perairan malaysia. Sejurus menerima maklumat tersebut, bot Petir 91 diketuai oleh Bintara Muda Maritim Mohd Foudi bin Ismail bersama 4 anggota penguat kuasa bergegas ke lokasi dan menghampiri bot tersebut di posisi 6.2 Batu nautika Barat Daya Tanjung Bidara.

          Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut bernombor daftar rezki mulia 1 dan mempunyai seorang tekong bersama awak-awak kesemuanya warganegara Indonesia. Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut membawa muatan disyaki sejumlah besar rokok putih pelbagai jenis yang cuba diseludup masuk ke Malaysia secara tidak sah. Kesemua mereka ditahan bersama bot beserta barang rampasan dibawa masuk ke jeti DM5 Kuala Linggi dan diserahkan kepada pegawai penyiasat DM5 untuk siasatan selanjutnya.

         Dalam kenyataan Timbalan Pengarah Operasi APMM Negeri Sembilan dan Melaka, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, ketika anggota penguat kuasa APMM menggeledah bot tersebut, didapati mereka melakukan beberapa kesalahan antaranya gagal melapor ketibaan (Akta MSO), kapal dalam keadaan bergelap (Akta MSO), memasuki perairan Malaysia secara tidak sah (Akta Imigresen 6 (3)), nombor passport tidak sama dengan senarai awak-awak (Akta migresen), dan beberapa bahagian dalam Akta kastam 1967 yang melibatkan peruntukan-peruntukan Am melibatkan vesel dalam perairan.

     

IMG-20180114-WA0021 IMG-20180114-WA0020

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi