WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 9 Jan – Satu mayat telah ditemui lebih kurang 4.3 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, Pulau Pinang pada jam lebih kurang 10.40 pagi. 

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, pada jam lebih kurang jam 10.40 pagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki tempatan dikenali sebagai En Yee Hock Keng telah terjumpa mayat terapung di perairan Pulau Kendi semasa ingin pergi memancing.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung dan diserahkan kepada pihak Polis Teluk Kumbar untuk tindakan lanjut.

 


FB1