GEORGETOWN, 09 JANUARI – Sebuah bot tuna (Wahkota Abadi 39) telah ditahan di kedudukan 12 batu nautika barat Gertak Sanggul, Pulau Pinang oleh kapal milik Maritim Malaysia Pulau Pinang pada jam 12.29 tengah hari.
Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong warganegara Taiwan berumur bersama dua orang awak-awak warganegara Filipina berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Bot tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sumber : Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang