WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 6 Jan – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan oleh kapal peronda milik Maritim Malaysia Pulau Pinang pada jam 5.21 petang di kedudukan 8 batu nautika barat daya Pulau Kendi, Pulau Pinang. 

Hasil dari pemeriksaan, seorang tekong besama dua lagi awak-awak warganegara Thailand berada di atas bot tersebut berumur lingkungan 45 hingga 52 tahun dipercayai melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari 12 batu nautika dari pantai. 

Bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 1.25 tan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

 

b4c7c02c-d213-4725-9a59-85d8bbee0a5acfa6e7be-e313-4854-9d9c-34b7f43dfe34

Sumber: Staf Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang