LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 8 JAN - Sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran ditahan Maritim Malaysia di posisi kira-kira 2.8 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, Pengerang.

Kapal tangki MT Jiayu yang berdaftar di Jakarta, Indonesia itu ditahan 4.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Maritim Malaysia Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili ketika melakukan rondaan di perairan negara. 

Timbalan Pengarah Maritim Daerah Komander Maritim Mohammad bin Othman berkata, semasa pemeriksaan dilakukan kapal berkenaan didapati bersauh tanpa kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya lagi, 14 kru kapal warga Indonesia dan seorang kru warganegara China berusia antara 22 hingga 51  tahun berada dalam kapal berkenaan dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. 

Katanya, siasatan dilakukan di bawah seksyen 491B (1)(L) mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

DSC01730 DSC01744
   

 

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM 7