LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 6 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 3 (DM3), Lumut telah menahan sebuah bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran SLFA 4845 bersama seorang tekong warga tempatan dan empat awak-awak warganegara Myanmar atas kesalahan melanggar syarat lesen kira-kira jam 5 petang semalam kira-kira 15 batu nautika dari Barat Daya Pulau Pangkor.
 
Bot berkenaan telah ditahan oleh Bot Penggalang 13 yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Malaysia. Setelah diperiksa didapati bot tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menggajikan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Tekong dan awak-awak yang ditahan berumur antara 26 hingga 47 tahun. 
 
Pihak Maritim Malaysia DM3 Lumut akan terus meningkatkan penguatkuasaan di perairan daerah ini, dan bertindak tegas kepada mana-mana bot yang melanggar peraturan bagi mencegah  aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut. Bot bersama tekong dan awak - awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh dan tiba pada jam 10.00 malam untuk siasatan lanjut. 
DM 3
WhatsApp Image 2018-01-06 at 12.25.55 1
 
Sumber :
 
Staf Perhubungan Awam DM3 Lumut