LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BHARU, 3 Jan - Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Tak’zim bertempat di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. 

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar bin Idris, Pengarah Maritim Wilayah Selatan yang baharu bagi mengantikan Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Adon bin Haji Shalan yang akan bersara wajib pada 9 Januari ini. 

WhatsApp Image 2018-01-03 at 15.37.38WhatsApp Image 2018-01-03 at 15.37.38 1

Sumber : Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat