WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 22 Disember – Mangsa yang dilaporkan lemas telah ditemui oleh nelayan tempatan pada jam 4.45 petang 20 Disember lalu lebih kurang jarak 400 meter dari pantai.

Maklumat awal kejadian, bilik gerakan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 5 Kuala Linggi telah menerima panggilan memaklumkan bahawa terdapat orang lemas di laut Perairan Pantai Puteri, Melaka pada jam 11.30 pagi Rabu lalu. Maritim Malaysia telah menugaskan bot Petir 84 ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Rohim bin Rohani, 35, masih bujang bekerja sebagai kontraktor telekom Merupakan penduduk tempatan bersama 8 orang ahli keluarga beliau yang berasal dari Klang dipercayai sedang bercuti sambil menziarahi sahabat beliau yang tinggal di Pantai Puteri, disini. Menurut Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, pada kejadian awal, mangsa berpakaian tshirt warna biru berseluar pendek coklat dikatakan sedang bermandi bersama keluarga dan ingin mengambil bola yang dimain oleh anak-anak buah mangsa yang telah hanyut namun gagal. Mangsa cuba berpatah balik dan secara tiba-tiba mangsa terkapai-kapai dan terus hilang dari pandangan.

 

sar pantai puteri 20.12.1 sar pantai puteri 20.12.17 2
sar pantai puteri 20.12.17 1  

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi