LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 9 Disember - Maritim Malaysia Daerah Maritim 18 Tawau telah berjaya menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Tawau. 

Pegawai Memerintah Kapal Maritim Balung, Leftenan Komander Maritim Nik Mohd Izwan Farid bin Md Daud berkata, kesemua mereka yang ditahan dipercayai dari Nunukan, Indonesia yang ingin memasuki daerah ini melalui jalan yang tidak diwartakan pada jam kira- kira pukul 9.40 malam semalam. Juragan dan penumpang terdiri daripada lima lelaki dewasa dan empat wanita dewasa berusia 18 hingga 52 tahun.  

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, Juragan dan enam penumpang lain memiliki dokumen passport pengenalan diri manakala dua lagi gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa oleh pihak Maritim Malaysia. Bot jongkong dan kesemua penumpang yang ditahan telah diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.  

 

pati2 pati

 

Sumber/ Foto :

Unit Perhubungan Awam DM18 Tawau