LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 11 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, DM5 Kuala Linggi telah berjaya melaksanakan Operasi mencari dan menyelamat seorang Kru Kapal NYK Daniella didaftarkan di Singapura yang dipercayai jatuh laut pada jam kira-kira 12.40 tengahari pada 6 Disember lalu di perairan Port Dickson.

Maklumat awal kejadian, MRCC Putrajaya telah menerima signal kecemasan atau Distress dari sebuah kapal NYK DANIELLA yang berpangkalan di Singapura telah menghantar isyarat tersebut melalui sistem GDMSS. Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi di posisi 6 batu nautika dari Barat daya pantai Port Dickson. Sejurus menerima maklumat tersebut, Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat dengan menggerakkan Bot  Petir 84  ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan dan melaksanakn operasi menyelamatkan krew kapal terbabit.

Pada jam 12.40 tengahari, Bot Petir 84 telah berjaya menemui dan menyelamatkan mangsa yang dalam keadaan selamat. Mangsa yang kelihatan agak keletihan seterusnya diangkat kedalam bot Petir 84 seterusnya diserahkan ke kapal NYK Daniella. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada hari tersebut.

WhatsApp Image 2017-12-06 at 6.35.33 PM WhatsApp Image 2017-12-06 at 6.35.33 PM 1
WhatsApp Image 2017-12-06 at 6.35.33 PM 2  

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi