WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 11 Disember – Mayat mangsa yang dilaporkan hilang  di laut sejak 4 hari lalu telah ditemui di laluan trafik pemisah lalu lintas antara perairan Malaysia dan Indonesia pada jam 11 pagi tadi di kedudukan kira-kira 11.8 Batu Nautika dari Muara Kuala Linggi.

Mengimbas kembali laporan awal kehilangan Mohd bin Borhan, 62 iaitu mangsa yang disyaki hilang di laut dilaporkan telah keluar ke laut seorang diri untuk memancing dan menjaring ikan pada lebih kurang jam 8.30 pagi 7 Disember lalu menaiki sebuah bot jenis gentian kaca berwarna biru dengan enjin 4 kuasa kuda. Maritim Malaysia juga menerima laporan penemuan bot gentian kaca tersebut yang terapung tanpa orang di tengah laut berhampiran Kg Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. Terdapat tong minyak, air minuman dan beg pekakas memancing turut ditemui didalam bot tersebut.

Maritim Malaysia telah mengaktifkan Operasi mencari dan menyelamat mangsa selama 3 hari dengan menggerakkan bot Petir 84 dan Kilat 19 serta dibantu aset daripada agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan bot Nelayan tempatan. Operasi mencari dan menyelamat ini di ketuai Pegawai Operasi DM 5 Kuala Linggi, Lt Madya (M) Rahmat bin Baharom,  manakala sektor pencarian merangkumi 5 batu nautika sekitar Perairan Kg. Telok Pasir Panjang Port Dickson.

Pada jam 11 pagi tadi, bilik gerakan APMM telah menerima panggilan dari Haji Tambiak, nelayan tempatan memaklumkan 1x mayat ditemui di posisi 11.8 batu Nautika dari Muara Linggi. Bot Kilat 19 telah digerakkan ke lokasi bagi membuat pemantauan dan mengambil mayat untuk dibawa ke Jeti Nelayan Pusat Transformasi Luar Bandar bagi tujuan pengecaman mayat oleh ahli keluarga beliau dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Maritim Malaysia memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut. Orang ramai  terutamanya komuniti maritim adalah dinasihatkan supaya sering mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di laut memandangkan cuaca pada masa kini yang tidak menentu. Di samping itu  Maritim Malaysia mengalu-alukan komuniti Maritim dan juga orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat mengenai sebarang kemalangan dilaut dengan segera di talian 06 - 3876730 Bilik Operasi Daerah Maritim 5 Kuala Linggi.

WhatsApp Image 2017-12-10 at 12.39.11 PM WhatsApp Image 2017-12-10 at 1.04.35 PM
WhatsApp Image 2017-12-10 at 1.19.43 PM  

Sumber:

Staff Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi