LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 7 Disember - Maritim Malaysia Daerah Maritim 18 Tawau telah merampas pelbagai produk ubat- ubatan dan sebuah bot fiber tempatan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM50,000.00 di perairan pelabuhan Tawau.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim Balung, Leftenan Komander Maritim Nik Mohd Izwan Farid bin Md Daud mengesahkan, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab telah menahan bot fiber tersebut kira- kira pukul 11.30 malam semalam selepas menerima maklumat risikan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang juragan lelaki warganegara Indonesia berumur 30 tahun bersama sebuah bot fiber dengan muatan tujuh bungkusan berisi ubat- ubatan yang tiada sebarang dokumen kelulusan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Bot berkenaan dipercayai cuba menyeludup masuk muatan ke Tawau dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik.

Menurutnya, bot fiber dan muatan ubat- ubatan serta tekong telah diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Racun 1952.

 

 

ubat2 ubat 2

 

Sumber / Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam DM 18 Tawau