WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 20 November – Seorang mangsa nelayan yang di laporkan hilang ketika memukat di Pulau Mantukud lima hari lepas telah ditemui lemas berhampiran Pulau Sapi lebih kurang 10 batu nautika daripada posisi terakhir kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara daripada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam telah melakukan pencarian sejak 15 November lalu melibatkan kawasan pencarian meliputi 30 batu nautika persegi merangkumi persisiran pantai Kinarut sehingga ke perairan Pulau Sapi.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som berkata, mayat Ariffin bin Madong, 47 tahun, ditemui terapung oleh aset pasukan SAR iaitu bot RH 51 daripada Pasukan Polis Marin.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizaberth 1 oleh pihak polis untuk proses pengecaman dan isteri mangsa telah mengesahkan mayat tersebut berdasarkan kepada pengecaman pakaian seterusnya SAR ditamatkan pada pukul 12 tengahari. Kami berterima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat sepanjang operasi ini dijalankan. " katanya.

Tambahnya lagi, "Maritim Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan sekiranya ada kemalangan atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam di talian 088-270105 atau MERS 999".

983eca53-feef-4790-b54f-43513a9a528f 8e10b4e3-265e-455a-8a2e-eed9eecbdbdb
d86f66e1-0223-4a99-bf51-6d1f24baf237 252092c3-9ac2-421e-b66b-25314240a76b

Sumber / Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15 Kota Kinabalu