WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING 15 November - Sebuah bot nelayan kelas C telah ditahan oleh bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pangkalan Maritim Mersing ketika rondaan operasi di sekitar perairan Mersing petang semalam.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan Mersing, Leftenan Komander Maritim Hilmi bin Abdullah, bot nelayan tersebut telah ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menunda, kurang 2 batu nautika ke Tenggara dari Pulau Rawa. Apabila menyedari kehadiran bot ronda APMM, awak-awak bot nelayan tersebut telah bertindak untuk memotong tali tunda bagi tujuan melupuskan bahan bukti aktiviti mereka. Tindakan mereka itu telah dikesan dan berjaya dihalang.

 

Sewaktu pemeriksaan awal, bot nelayan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen lesen dan permit kerja warga asing. Justeru itu kesemua 7 orang warga Vietnam termasuk tekong dan awak-awak berumur antara 20 hingga 60 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985. Turut dijumpai adalah peralatan tangguk tunda dan serta hasil laut gamat.

 

“Pihak APMM amnya, dan khususnya APMM Pangkalan Maritim Mersing, beriltizam akan sentiasa meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tanggungjawab bagi tujuan membenteras sebarang perlakuan jenayah di laut.” Menurutnya lagi, orang ramai serta mana-mana pihak yang khususnya terlibat dengan aktiviti laut diminta segera menyalurkan sebarang maklumat jika terdapat sebarang aktiviti perlakuan jenayah di laut termasuk penyeludupan, pencerobohan oleh bot nelayan asing yang tulen, serta sebarang kejadian kecemasan melalui talian 24 jam MERS 999.

 

Peningkatan jalinan kerjasama serta jaringan maklumat antara APMM dengan orang ramai terutama golongan pemancing dan para nelayan kebelakangan ini adalah sangat dialu-alukan dalam membantu kami menjalankan tugas penguatkuasaan”. ujarnya lagi.

 

Paf 4767 1 paf 4767 2

Sumber:

Staf Perhubungan Awam PM Mersing