WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT , 11 November – Tiga orang lelaki warga Indonesia berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) setelah kapal yang mereka naiki karam diperairan Tanjung Labuh, Batu Pahat pada petang semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat (PMBP), Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain bin Abdullah berkata, kapal yang membawa muatan kayu bakau tersebut  telah dimasuki air akibat dipukul ombak besar dan karam.Kesemua kru kapal telah diselamatkan oleh kapal kargo yang kebetulan melalui kawasan tersebut

“Sejurus Pusat Operasi PMBP menerima panggilan kecemasan daripada MRCC Putrajaya , sebuah bot milik Maritim Malaysia digerakan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa dikawasan Tanjung Labuh”.

Oleh itu, semua komuniti maritim di nasihatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan seperti sentiasa memakai jaket keselamatan semasa memlakukan aktiviti dilaut untuk mengelakkan sebarang perkara buruk yang tidak diingini.

Orang ramai juga dinasihatkanuntuk menghubungi talian kecemasan (MERS 999) atau Pusat Operasi Maritim Batu Pahat ditalian 074344020 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah atau kemalangan yang berlaku di Perairan Batu Pahat.

IMG 4217 IMG 4226

Sumber:

Staf Perhubungan Awam PM 4 Batu Pahat