WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI , 8 November - Bot Ronda Maritim telah menahan dua Bot Nelayan Vietnam sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tg. Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, bot tersebut ditahan pada jarak 22 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili pada jam 12.05 tengahari dan 12.28 tengahari.

"Ketika melakukan rondaan, kita mengesan dua buah bot nelayan asing dalam keadaan yang mencurigakan sedang menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan negara. Bot tersebut didapati membawa muatan lebih kurang 4tan ikan campur pelbagai jenis dan 2 tan ikan baja.

Ujar beliau, bot nelayan asing Vietnam nama pendaftaran AZAM BARU 1 dan AZAM BARU 2 membawa 23 orang kru termasuk tekong dan awak-awak yang berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun. Bot tersebut ditahan dan ditunda ke Jeti Maritim Tg. Sedili, dekat sini untuk tindakan siasatan selanjutnya. Pihak kami turut merampas pelbagai peralatan menangkap ikan, kapal serta hasil tangkapan yang beranggar bernilai lebih kurang kira-kira RM450,000.

Jelasnya lagi, hasil siasatan lanjut, pihaknya mendapati bot tersebut tidak memiliki lesen menangkap ikan serta beberapa awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Kes akan disiasat di bawah seksyen 15 (1) dan seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 . Jika disabitkan kesalahan awak-awak boleh dikenakan denda RM 100,000 setiap seorang manakala tekong atau nakhoda akan dikenakan denda sehingga RM 1 Juta atau penjara tidak melebihi dua tahun.

"Ini adalah tangkapan kesembilan yang berjaya dilakukan oleh Daerah Maritim 7 bagi kes nelayan asing pada tahun ini, " katanya.

Selain itu, beliau menyeru orang ramai terutamanya nelayan tempatan agar menyalurkan maklumat jika berlaku sebarang pencerobohan nelayan asing yang mencuri hasil laut negara dan hendaklah menghubungi Pusat Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili 24 jam ditalian 07-8916595. Kita akan melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara bagi mereka orang luar untuk mematuhi undang-undang Malaysia.

DSCF1603 DSCF1598

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM 7