WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Tanjung Sedili telah melaksanakan Operasi Perkasa Selatan dan Operasi Khas BNA Vietnam di Perairan Pulau Tinggi. Sebuah Bot Nelayan Kelas C telah di tahan oleh bot ronda Maritim Malaysia semasa melaksanakan Operasi pada pagi semalam.

Menurut Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Haji Amran bin Haji Daud bot tersebut telah di tahan oleh bot ronda Maritim Malaysia lebih kurang 18.4 batu nautika tenggara Pulau Tinggi.

Hasil pemeriksaan vesel di dapati melanggar syarat sah lesen di bawah akta Perikanan 1985. Tekong dan awak-awak mempunyai pengenalan diri dan berwarganegara vietnam berumur 26 hingga 40 tahun

“Maritim Malaysia beriltizam akan sentiasa meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan  terutama di kawasan Perairan Negara khususnya kawasan tanggungjawab dari Perairan Sedili hingga Perairan Pengerang bagi mengelakkan aktiviti menyalahi undang-undang dan pencerobohan haram terus berleluasa”, katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai diminta segera menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pencerobohan nelayan asing atau kecemasan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999.

“Peningkatan kerjasama Agensi dan orang ramai terutama nelayan tempatan dalam memberi maklumat serta kerjasama yang baik kepada Maritim Malaysia sejak kebelakangan ini amat dihargai sedikit sebanyak dapat membantu penguatkuasa seperti kami dalam menjalankan tugas”, ujarnya lagi.

PAF 1 PAF 2

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM 7